Jadilah Kamu sebaik-baik manusia di sisi Allah, Jadilah kamu di sisi kamu seburuk-buruk manusia, Dan Jadilah kamu di kalangan manusia seorang pemimpin:)

Thursday, December 6, 2012

ya Allah ya Tuhanku....

لا تَقْلُقُواْ وَلا تَحْزَنُواْ فَإِنَّ حُبَّ الله دَوْمًا مَعَكُمْ حُبُّهُ هُوَ الأَعْلَى وَالأَجْمَل إِنَّهُ حُبٌّ حَقِيْقِيٌّ لِلْجَمِيْع (La taqlaqu wa la tahzanu Fainna hubbalLahi dauman ma'akum HubbuHu huw al-a'la w al-ajmal InnaHu hubbun haqiqiyyun lil jami') (Ertinya:) Usah kau resah usah kau gelisah Kerna sesungguhnya cinta Allah tetap bersama kamu semua CintaNya adalah cinta yang tertinggi dan yang terindah Sesungguhnya Dia lah cinta yang hakiki untuk semua:-)






ya Allah ya Tuhanku....

Saat ini, pada ketika ini, aku duduk termangu... Merenung kembali diri yang mungkin telah semakin jauh dariMu. Aku merasa malu ya Allah, malu kerana jiwa ini bergetar, kaki ini goyah tatkala ujianMu datang menjengah sedangkan selama ini aku sibuk mengatakan bahawa "AKU CINTA KEPADAMU".

Tapi ya Allah... baru sedikit ingin Kau uji cinta ini, aku sudah terjelepok, menangis, merintih..Ingin mengalah. Diri terasa lemah, sedangkan Engkau sentiasa di sisi, bahkan Engkau lebih dekat dari pembuluh darahku....

ya Allah ya Tuhanku...

Aku ini seorang pemungkir janji! Seringkali aku ingin bertaubat dari dosa-dosa..Namun seringkali jua aku leka, lalai dan tunduk atas tuntutan nafsu. Air mata keinsafan yang dulunya menitis mengenangkan dosa, seakan-akan lenyap dari ingatan. ya Allah, masihkah layak aku ini berada di sisiMu??

Ya Rabbi...

Hamba jenis apakah aku ini? Terkadang diri melihat maksiat, tapi mulut terkunci, tangan terhenti, hanya hati yang menangis.... Melihat kekerdilan diri.. Melihat lemahnya iman...Merintih, menangis... Tiada siapa yang tahu melainkanMu..

Allah... Di luar sana sedang hujan, setitik demi setitik air itu jatuh ke bumi, menghempap tempat-tempat yang telah Engkau pilih, membasahkan baju-baju di ampaian, yang telah disidai rapi.

Ada ya Allah... Ada hati yang merungut, mengesali titis-titis hujan yang katanya membawa musibah, yang katanya membawa mudarat. Tapi sedarkah mereka, titis-titis hujan itulah yang menyejukkan bumi. Titis-titis hujan itulah yang selalu dipohon tatkala kemarau tiba.. dan akibat titis-titis hujan itulah, dengan izinMu, pelangi tiba......

Ya Muhaimin... Aku sedar, aku pasrah... kerana setiap ujian yang melanda, sudah Engkau ukur tahap kemampuanku... Sudah Engkau janjikan hikmah di sebalik kejadian, cuma kadangkala aku merungut tanpa menyedari air mata yang hadir adalah untuk membasahkan hatiku yang dilanda kemarau....

Dan kadangkala ya Allah... aku juga terlupa bahawa selepas hujan lebat ini, akan ada pelangi yang menanti.

Ya Allah.. Dengarlah rintihanku ini.... selitkan secebis ketabahan Siti Hajar, selitkan sedikit kesabaran Siti Fatimah... Selitkan jua redha Rabiatul Adawiyyah.. Cekalkan hatiku secekal Sumayyah, Sucikan diriku sesuci Maryam... Kerana ya Allah.. aku gentar andai cintaMu hilang,

Kerana aku...

Terlalu mencintaiMu....
.


copy:
http://masturamohdyusuf.blogspot.com/2010/01/ya-allah-dengarlah-rintihan-hatiku.html#axzz2EH6IqMKR

Monday, March 5, 2012

Wahai Purnama..











Assalamualaika ya Rasulullah...
tiada hari yang paling indah
semerbak harum kasturi mewangi
hari Isnin 12 Rabiuawal, Tahun Gajah
seluruh alam bersinar Cahaya
lahirnya  bayi yang indah amat sempurna
Aminah mendakap penuh kasih sayang
yatim yang suci anak Abdullah…

Assalamualaika Ya Rasulullah...
airmata tiada akan tertahan, pabila ingat pada dirimu
indah wajahmu  Sang Rembulan  menjadi kelam
indah tubuhmu Sang Awan mengikutnya
indah akhlakmu Sang Matahari redup cahayanya
indah langkahmu Sang Langit merintih agar dipijak
indah rambutmu hitam ikal yang rapi
indah matamu   memancar sinar Cinta
berseri mulutmu dengan kalimah Tuhan
gagah tanganmu menyantun setiap insan
kuat kakimu menghayun langkah menyelamat insan…

Assalamulaika Ya Rasulullah...
mengalir airmata jernih  tanpa tertahan
lantaran cinta dan rindu tiada  terperi
merobek seluruh sanubari dan saraf kulitku
jika kerinduan tiada kau tawarkan
keindahan syurga tiada mengubat diriku
jika wajahmu tiada ku pandang…

Assalamualaika Ya Rasulullah...
apakan makna keindahan dan kemewahan dunia yang ku miliki
jika kau tiada tersenyum melihatnya
apakah makna kenikmatan syurga
jika engkau tiada dapat dipandang
apa makna setiap nafasku
jika engkau memalingkan wajahmu…

Ya Allah...,
hidupkan Cinta dalam jiwa ini
pada Rasulullah Rahmatulilalamin
semoga dengan Cinta nan suci ini
membawa ku terbang ke Jannatul Firdausi
penuh kebahagiaan menatap wajahnya
mendengar kalimahnya ”…engkaulah umat ku…”
biarpun sedetik sudah memadai
namun selamanya adalah yang ku impikan

Assalamualaika Ya Rasulullah…
Assalamualaika Ya Habiballah…

Saturday, August 13, 2011

Wasiat luqman Al-hakim....



                                                                           


                                             Wasiat Luqmanul Hakim Kepada Anaknya


Wahai anakku ! Elakkan dirimu dari membuat hutang kerana sesungguhnya dengan berhutang itu akan menjadikan dirimu hina diwaktu siang hari dan menjadikan dirimu gelisah di waktu malam hari.
Wahai anakku ! Sekiranya kedua ibubapamu memarahimu kerana sesuatu kesalahan yang telah kamu lakukan maka kemarahan kedua mereka itu adalah seperti baja untuk menyuburkan tanaman.

Wahai anakku ! Engkau akan dapat rasakan betapa beratnya ketika mengangkat batu yang besar atau besi yang padat tetapi ada yang lebih berat dari itu iaitu apabila kamu mempunyai jiran tetangga yang jahat.

Wahai anakku ! Tidaklah dinamakan kebaikan sekalipun kamu sibuk mencari dan mengumpul ilmu pengetahuan tetapi tidak pernah mengamalkannya. Perbuatan ini tak ubah seperti seorang pencari kayu api yang sentiasa menambah timbunan kayunya sedangkan ia tidak mampu untuk mengangkatnya.

Wahai anakku ! Berhati-hatilah terhadap tutur tata dan bicaramu, peliharalah budi bahasamu dan sentiasalah bermanis muka nescaya kamu akan disenangi dan disukai oleh orang yang berada di sekelilingmu. Perumpamaannya seolah mereka telah mendapat barang yang amat berharga darimu.

Wahai anakku ! Jika kamu mahu mencari sahabat sejati maka kamu ujilah ia terlebih dahulu dengan berpura-pura membuatkan ia marah terhadapmu. Sekiranya dalam kemarahan itu ia masih mahu menasihati, menyedarkan dan menginsafkan kamu, maka dialah sahabat yang dicari. Jika berlaku sebaliknya maka berwaspadalah kamu terhadapnya.

Wahai anakku ! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apapun darinya sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu darimu.

Wahai anakku ! Jagalah dirimu selalu supaya tidak terlalu condong kepada dunia dan segala kesenangan dan kemewahannya kerana Allah tidak menciptakan kamu hanya untuk kehidupan di dunia sahaja. Ketahuilah tidak ada makhluk yang lebih hina selain dari mereka yang telah diperdayakan oleh dunia.

Wahai anakku ! Janganlah kamu ketawa jika tiada sesuatu yang menggelikan, janganlah kamu berjalan jika tiada arah hala tujuan, janganlah kamu bertanya tentang sesuatu yang tidak memberi apa-apa faedah pun kepadamu dan janganlah kamu mensia-siakan hartamu pada jalan maksiat.

Wahai anakku ! Sesiapa yang bersifat penyayang sudah tentu dia akan disayang, sesiapa yang bersifat pendiam sudah tentu dia akan selamat dari mengeluarkan perkataan yang sia-sia. Ketahuilah sesiapa yang tidak dapat menahan lidahnya dari mengeluarkan ucapan kotor, sudah tentu ia akan menyesal kelak.

Wahai anakku ! Bergaul dan berkawanlah dengan orang-orang yang soleh dan berilmu. Bukalah pintu hatimu dan dengarlah segala nasihat dan tunjuk ajar darinya. Sesungguhnya nasihat dari mereka bagaikan mutiara hikmah yang bercahaya yang dapat menyuburkan hatimu seperti tanah kering lalu disirami air hujan.

Wahai anakku ! Sesungguhnya kehidupan kita ini diibaratkan seperti sebuah kapal yang belayar di lautan dalam dan telah banyak manusia yang karam didalamnya. Jika kita ingin selamat maka belayarlah dengan kapal yang bernama takwa, isi kandungannya ialah iman sedang layarnya pula ialah tawakal kepada Allah.

Wahai anakku ! Bila kamu menerima dua undangan majlis, satu majlis perkahwinan dan satu lagi majlis takziah kematian, maka utamakanlah majlis kematian kerana dengan menghadiri majlis ini akan mengingatkan kamu kepada kampung akhirat, sedangkan dengan menghadiri majlis perkahwinan akan mengingatkan kamu kepada keseronokkan dunia sahaja.

Wahai anakku ! Janganlah kamu terus menelan apa saja yang kamu rasa manis dan meludah setiap apa yang kamu rasa pahit. Ingatlah, tidak semua yang manis itu akan menjadikan kita segar dan tidak semua yang pahit itu akan menjadikan kita segar.

Wahai anakku ! Janganlah kamu makan dengan terlalu kenyang yang berlebih-lebihan. Sesungguhnya adalah lebih baik jika bahagian dari yang kenyang itu diberikan kepada anjing sahaja.

Wahai anakku ! Carilah harta di dunia ini sekadar keperluanmu sahaja dan nafkahkanlah hartamu yang selebihnya pada jalan Allah sebagai bekalan di akhirat. Janganlah kamu membuat dunia ini kelak dirimu akan menjadi pengemis dan membebankan pula orang lain tetapi jangan pula kamu terlalu mengejar dunia sehingga terlupa bahawa kamu akan mati. Ketahuilah, apa yang kamu makan dan pakai itu semuanya dari tanah belaka.

Wahai anakku ! Jangan kamu melantik seseorang yang cerdik sungguh. menjadi utusanmu. Jika tiada siapa yang lebih cerdas, pintar dan bijak maka yang sebaiknya dirimu sendirilah yang menjadi utusan.

Wahai anakku ! Orang yang bersedia untuk mendengar nasihat dan bimbingan dari orang yang lebih alim, maka dia layak untuk mendapat penjagaan dari Allah tetapi bagi orang yang insaf dan sedar setelah menerima teguran maka dia lebih layak untuk mendapat kemulian dari Allah.

Saturday, May 28, 2011

Ujian dan musibah tanda kasih sayang Allah...


                                         

Setiap manusia yang Allah cipta tidak boleh tidak pasti akan menghadapi musibah mahupun ujian daripadanya.tipulah bagi sesiapa yang mengatakan bahawa dia tidak pernah ditimpa musibah.semua orang pasti ada masalah tersendiri,Allah menguji hambanya dengan berbagai-bagai ujian,tetapi sebabnya adalah sama.Allah menguji  seseorang itu kerana Allah mempunyai rahsia tersendiri,sama ada Allah hendak tingkatkan iman seseorang itu mahupun hendak menguji  sejauh mana keimanan kita.Disebabkan ujian darinyalah menyebabkan kita lebih matang ,yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.


Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita atau saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya. Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya. Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya. Dan jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi seharusnya apa yang perlu kita lakukan? berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt.Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, ujian yang lain pasti akan datang bahkan lebih sukar lagi ujian yang Allah beri, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! 


Firman Allah S.W.A.T pada mafhumnya:dan berpesan pesanlah kamu kepada perkara kebaikan,dan kesabaran(al asr:4)

Friday, December 24, 2010

Redha Allah~


Dari Ibnu Mas’ud r.a bahawa seorang lelaki bertanya kepada Rasulullah s.a.w, :”Manakah amal yang lebih utama?” Beliau menjawab,:”Sembahyang dalam waktunya, berbakti kepada ibu bapa dan berjuang di jalan Allah.”

[Bukhari]


Mari saksikan untuk tatapan bersama:)


part 1



part 2


Maka benarlah Sabda rasulullah s.a.w yang maksudnya: “ Redha Allah bergantung pada redha dua ibu bapa, dan murka Allah bergantung pada murka kedua-dua ibu bapa.”

[Riwayat al-Hakim]

Siapakah Yang Mulia itu Ya Rasulullah?


Mulianya kita sebagai ummat nabi muhammad.namun berapa banyakkah selawat yang telah kita ucapkan di bibir kita?marilah kita muhasabah diri kita agar syafaatnya sampai kepada kita.









O Allah forgive me....my lord...

O Allah Please Forgive Me

O Allah, O Karim,
Please have Mercy on me.
O Allah, O Karim,
Please forgive me



for the sins I committed in the past
and those I will commit in the future.
O Allah,
have Mercy on all the Muslimeen,
and guide them.
Guide me O Allah,
and guide my parents,
my siblings, my cousins,
my aunts and uncles,
my nephews and nieces and so forth.
O Allah,
I ask You
to strengthen my iman and those around me.
I ask You to soften my heart
and to soften the hearts of the Believers.
O Allah,
forgive me for my shortcomings,
for only You are Perfect.
O Allah,
Please Forgive me
if I ever got too wrapped in a matter
that I didn’t have the time to utter Your Name.
O Allah,
Please Forgive me for all the salat I missed
because of ignorance or laziness,
Please Forgive me for all the fasts I didn’t make up,
thinking it was “alright, since I fasted most of the days anyway.”
O Allah,
Please Forgive me
for the quarter I never dropped
into the metal cup for the homeless man begging on the street.
O Allah,
Please spark the love of Islam in my heart
and in the hearts of every single Muslim
until it gets implanted in their children
and their childern’s children and so on.
O Allah,
I ask that You help me for I am weak
and will only grow stronger by Your Strength,
so Allah Please Strengthen me
to fight Shaitan and his whispers.
And if I ever fell into his trap
and followed my desire,
then sincerely forgive me,
for that displays not only my weakness,
but Your Greatness as well.
O Allah, Please lighten the punishment in the grave
for those before us and those after us.
Please Allah, lighten the punishment
and please shed light into every Muslim’s grave.
O Allah, if I ever was too afraid
to stand up for Your Deen
because of what others would think,
then Forgive me, for I was a fool for doing so.
O Allah, Please Protect me and each Musilman,
and Protect especially the orphans and the widows.
O Allah, Please Strengthen the faith
of the destitute Muslims around the world,
so they have hope to live.
O Allah, if I ever forgot to do du’a
for even one suffering Muslim,
then Forgive me
for then it is as if I haven’t done du’a
for the entire ummah.
O Allah,
Please be the Light of my eyes, ears and heart.
O Allah,
Please be the Light on the sides of me
and the Light behind me
and the light in front of me.
O Allah, Please Forgive me
for all the foul words I spoke
either out of ignorance or
because I was trying to be “cool.”
O Allah, please forgive me
if I never stopped to think about You,
due to “other important things.”
O Allah, Please Forgive me
for not having enough time
or creating time for reading the Qur’an.
O Allah, Please Forgive me
for listening to music
and watching movies and t.v.
O Allah, please forgive me
for all the yelling I’ve done
and the arguments I’ve been in.
For the only time
the voice should be raised
is for Your Praises!
O Allah, Please Forgive me
for my disrespect towards my family,
elders, siblings and so on.
O Allah, Please Forgive me
for any backbiting I have been accused of,
whether I did it consciously or unconsciously.
O Allah, Rab al-Alamin,
Forgive me,
Forgive me for everything.
So for everyone,
every single Muslim,
dead or alive,
I do du’a that you forgive them
for all their sins.
O Allah,
Please Please Please
help the suffering Muslims
of Kashmir, Palestine, Chechnya,
Bosnia, Gujarat, Nigeria,
Iraq, Afghanistan and everywhere around the world.
Please O Allah, make the Mujahideen victorious,
and let the beauty of Islam reign!
O Allah, Give victory to the Muslims!
O Allah, Please let True Islam reign!
O Allah, Please increase our knowledge
of Your Deen and this world.
Oh Allah, Please Help us all and guide us,
for You are Everything to us.
O Allah,
I cannot stress how much I ask
for Your Forgiveness and Your Guidance.
O Allah,
I fear You,
I fear You soooo much words cannot describe.
I fear the day when I will meet You,
and I WILL meet You.
When we are one on one,
and I have no one’s help or support.
No-one can take the blame for me
nor I for them.
The only thing I will have
is a little book given to me by You
that has my deeds.
O Allah,
Please Forgive me for my thoughts,
for even though I get sinned only for my actions,
I cannot help but feel guilty for my thoughts
and I ask You to Forgive me for them
and to clear my mind of any impurities
until You become the Only thing on my mind.
O Allah,
Please Forgive me
if I ever did anything out of gain
for this life and not for Your pleasure.
If I ever did anything to “show off”
then Please Forgive me for that.
O Allah,
I do du’a
that You grant us all God-Fearing spouses
and grant us righteous children.
Oh Allah,
I do du’a
that You continue to strengthen this ummah
until the Day of Resurrection.
O Allah,
Forgive me
for whatever I have not mentioned,
for I am bound to forget
….but You,
through Your Greatness…
You Never Forget.
O Allah,
Please Grant
all the Muslims
Jannah-tul-Firdaus.
O Allah,
I ask that You shed Your Mercy
on all the Prophets (peace be upon them)
and on all the Angels (peace be upon them).
Lastly, I do du’a
You shed Your Mercy
on the Prophet Muhammad ,
his family and companions.
I do du’a
that you grant Muhammad
the Highest Station in Paradise.
Rabbana atina fiddunya hasanah..
wafil'akhirati hasanah..
wakina'azabannar..
Ameen.