Jadilah Kamu sebaik-baik manusia di sisi Allah, Jadilah kamu di sisi kamu seburuk-buruk manusia, Dan Jadilah kamu di kalangan manusia seorang pemimpin:)

Friday, December 24, 2010

KISAH NABI ISA A.S DENGAN PEMUDA YANG MEMPUNYAI IMAN SEBERAT ½ ZARAH...bagaimana kita??

Dikisahkan dalam sebuah kitab karanagn Iman al-Ghazali bahawa pada suatu hari, Nabi isa a.s berjalan di hadapan seorang pemuda yang sedng nenyiram air di kebun, bila pemuda yang sedang menyiram air itu memandang Nabi Isa a.s, maka dia pun berkata: ‘wahai nabi isa a.s kamu mintalah kepada Tuhanmu agar dia memberikan kepadaku seberat semut Jarrah cintaku padaNya.’
Kata Nabi isa a.s : ‘wahai saudaraku, kamu tidak akan terdaya untuk seberat Jarrah itu,’
Kata pemuda itu lagi :’kalau begitu, jika aku tidak tedaya untuk itu, kamu mintalah untukku seberat ½ jarrah..’
Oleh kerana keinginan pemuda itu untuk mendapatkan kecintaannya kepada Allah, maka Nabi Isa a.s pun bedoa: ‘ya Tuhanku, kurniailah pemuda ini setengah zarah berat cintanya dia kepadaMu.’
Setelah Nabi berdoa, baginda pun berlalu dari situ.
Selang beberapa lamanya, Nabi Isa as datang lagi ke tempat pemuda yang memintanya berdoa itu, tetapi Nabi tidak dapat berjumpa dengan pemuda itu. Maka baginda pun bertanya kepada orang lalu lalang, dan mereka telah mengatakan bahawa lelaki it telah menjadi gila dan kini dia berada di atas gunung.
Setelah itu, Nabi isa a.s terus berdoa kepada Allah untuk ditunjukkan tentang perihal pemuda itu. Maka baginda pun dapat melihat lelaki itu sedang duduk di atas batu sambil matanya memandang ke arah langit.
Lalu baginda pun memberi salam kepadanya, tetapi pemuda itu tidak menjawabnya, lalu Nabi iasa a.s berkata: ‘aku Isa a.s.’ kemudian Allah menurunkan wahyu yangberbunyi: ‘wahai isa, bagaimana dia dapat mendengar perbicaraanmu sedangkan di dalam hatinya terdapat cinta kepadaku seberat setenagh zarah. Demi keagungan dan keluhuranKu, jika engkau memotongnya dengan gergaji pun, dia tidak akan mengetahuinya.’
Saudara2ku.. lelaki di atas telah memperoleh setengah zarah cintanya kepada Allah.. seberat manakah pula cinta kita padaNya?? Hanya seberat zarrah pun dia sudah tidak mempedulikan keadaan sekelilingnya.. apatah lagi kita yang mungkin hanya ada ¼, 1/8, atau sebenarnya tiada langsung cinta kita pada Allah??..
Tahukah teman2ku, barangsiapa yang mengaku 3 perkara tetapi tidak menyucikan diri dari 3 perkara yang lain maka dia adalah orang yang tertipu.
1. orang yang mengaku kemanisan
berzikir kepada Allah, tetapi dia mencintai dunia.
2. orang yang mengaku ikhlas di dlm beramal, tetapi dia ingin mendapat sanjungan manusia.
3. orang yang menagku cinta pada Tuhan yang menciptanya, tetapi dia tidak berani merendahkan dirinya...
Rasulullah saw bersabda: ‘akan datang kepada umatku waktu yang mereka mencintai 5 perkara dan lupa kepada 5..
1. mereka cinta dunia, tetapi mereka lupa akhirat.
2. mereka cinta harta benda, tetapi mereka lupa kepada hisab.
3. mereka cinta kpada makhluk, tetapi mereka lupa kepada al-Khaliq.
4. mereka cinta kpada dosa, tetapi mereka lupa untuk bertubat.
5. mereka cinta kepada gedung membeli belah dann tempat mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur..
adakah kita umat itu???wallahua’lam...
(himpunan kisah2 teladan)

No comments: